1. PENGENALAN
1.1 PENGENALAN KAMPUNG
Nama Kampung Induk
|
:Kampung Sungai Danga
|
Nama-nama Kampung Rangkaian
| : 1. Kg Bakar Batu 2. Kg Tuah Jaya 3. Kg Asli Sg Temon 4. Kg Asli Bakar Batu 5. Kg Sg Pinang |
No. Telefon
|
: 010 7124768
|
No. Faksimili
|
: -
|
Alamat Website
|
:www.jkkksgdanga.blogspot.com
|
Alamat Email
|
: infosgdanga@gmail.com
|
Alamat Surat-Menyurat
|
: Pejabat ketua kampung
Dewan Raya kampung Sungai Danga
81200 , Johor Baharu , Johor.
|
INFO KEGUNAAN TANAH
Keluasan Keseluruhan Kampung : 374 hektar
Keluasan Tanah Yang DIUSAHAKAN :
* Perumahan - 100 hekta
* Premis Awam - 4 hekta
* Tanaman -
* Ternakan -
* Lain-lain - 268.5
Bilangan Rumah : 227 pintu
Jenis Rumah
* Rumah Banglow : -
* Rumah Teres : -
* Rumah Batu : -
* Rumah Kampung : 227
* Rumah Panjang : -
* Rumah pangsa : -
Binaan Rumah
* Batu 227 Buah
* Kayu : Buah
* Separa Batu / Kayu : Buah
Kenderaan
* Kereta : 180 Buah
* Motorsikal : 225 Buah
* Lori : 10 Buah
* Bas Sekolah : 3 Buah
* Bas Kilang : Buah
* Bas Kilang : Buah
* Basikal : Buah
* Van : 20 Buah
* Motorboat : 15 -
* Sampan : 4 -
Lain-lain
* Komputer : Buah
* Internet /Jaringan : Buah
* Astro : Buah
Logo :
|
Maksud Logo :
Pokok Kelapa : Melambangkan sebuah kampung tradisional yang
bervariasi potensinya dalam menghadapi kemodenan.
Laut/sungai : Asal-usul kampung yang banyak dipengaruhi
unsur laut dan sungai terutamanya sumber ekonomi dan kedudukan kampung yang
dikelilingi sungai dan laut.
Kapal Layar : Memperlihatkan kesediaan menerima suntikan
pembangunan mapan.
Burung :
Menggambarkan kebebasan dan persediaan menghadapi era globalisasi dan
wawasan 2020.
Maksud warna :
Kuning : Membawa unsur diraja dalam
asal-usul pembukaan kampung dan hubungannya dengan kewujudan sebuah istana yang
dikenali sebagai Istana Hinggap di Tanjung Danga satu ketika dahulu.
Merah : Berani dan
berilmu dalam menerima dan menghadapi pembangunan.
Biru : Menggambarkan kedamaian, keharmonian dan bersatu padu di
kalangan masyarakat kampung.
Motto : Perpaduan Menjana
Kecemerlangan
VISI DAN MISI
Visi : Melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan rukun damai.
Misi : Bersatu ke arah desa cemerlang, masyarakat sejahtera lagi berwawasan dan gemilang.
Objektif : Melahirkan satu komuniti masyarakat yang sejahtera
dan bersatu padu melalui perkongsian tanggungjawab
yang strategik serta melaksanakan perkhidmatan
pembangunan sosial dan fizikal yang berkesan ke arah
desa cemerlang.
NAMA & SEJARAH KAMPUNG
Sejarah Kampung :
Sejarah pembukaan Kg. Sungai Danga bermula
dengan kedatangan sekumpulan orang-orang Bugis Wajo dari Sulawesi, Indonesia
yang diketuai oleh Hj. Daeng Abd. Aziz Bin Mandak, seorang saudagar yang handal
yang berulang alik dari Sulawesi, Singapura dan Tanah Arab.
Hj. Daeng Abd. Aziz bersama pengikutnya telah meneroka tanah di Kg. Sungai Danga dari Menso (sekarang Taman Perling) sehingga hampir ke Pantai Lido. Keluasan tanah yang diteroka mencecah ratusan ekar. Disebabkan Hj. Daeng Abd. Aziz mempunyai banyak tanggungjawab terhadap pembukaan tanah dan perniagaan, maka urusan memajukan pembukaan tanah di Kg. Sg. Danga telah diserahkan kepada pembantunya, Tn. Hj. Daeng yunos Bin Laisang yang kemudian diambil menjadi menantunya. Dianggarkan pembukaan Kg. Sg. Danga adalah sekitar tahun 1890 an.
Walau bagaimanapun, memandangkan pengasas Kg. Sg. Danga ini adalah berketurunan Daeng, maka kemungkinan ia mempunyai hubungan dengan kedatangan Putera-putera Raja bugis yang berketurunan Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Celah, Daeng Menambun dan Daeng Kewasi. Manakala Daeng Merewah adalah Yamtuan Muda johor sekitar 1722 hingga 1745.
Hj. Daeng Abd. Aziz bersama pengikutnya telah meneroka tanah di Kg. Sungai Danga dari Menso (sekarang Taman Perling) sehingga hampir ke Pantai Lido. Keluasan tanah yang diteroka mencecah ratusan ekar. Disebabkan Hj. Daeng Abd. Aziz mempunyai banyak tanggungjawab terhadap pembukaan tanah dan perniagaan, maka urusan memajukan pembukaan tanah di Kg. Sg. Danga telah diserahkan kepada pembantunya, Tn. Hj. Daeng yunos Bin Laisang yang kemudian diambil menjadi menantunya. Dianggarkan pembukaan Kg. Sg. Danga adalah sekitar tahun 1890 an.
Walau bagaimanapun, memandangkan pengasas Kg. Sg. Danga ini adalah berketurunan Daeng, maka kemungkinan ia mempunyai hubungan dengan kedatangan Putera-putera Raja bugis yang berketurunan Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Celah, Daeng Menambun dan Daeng Kewasi. Manakala Daeng Merewah adalah Yamtuan Muda johor sekitar 1722 hingga 1745.
Hj. Daeng Abd.
Aziz mempunyai tiga orang anak iaitu Hjh. Andik Nur, Hjh. Andik Halimah dan Hj.
Abd. Aziz @ Hj. Bedu. Hjh. Andik Halimah
dan Hj. Abd. Aziz tinggal di Mekah sehingga meninggal dunia, manakala Hjh.
Andik Nur yang tinggal di Kg. Sg. Danga telah dikahwinkan dengan anak Hj. Daeng
Yunos Bin Laisang iaitu Haji Kassim.
Tanah-tanah yang
telah dibuka ini dibantu oleh buruh-buruh kontrak yang kebanyakannya saudara
mara Hj. Daeng Abd. Aziz yang dibawa dari Tanah Bugis. Kontrak mereka ada yang setahun, dua tahun
dan lebih. Selepas tamat tempoh kontrak,
mereka boleh membuka tanah sendiri dan melakukan pekerjaan lain. Tanah-tanah yang beratus ekar itu,
kemudiannya telah dikurniakan oleh Temenggong Daeng Ibrahim iaitu Sultan Johor
yang memerintah Di Telok Belanga, Singapura yang kemudian berpindah ke Bandar
Iskandar Puteri yang kemudian dikenali sebagai Tanjung Puteri dan akhirnya
Johor Bahru.
Nama ‘DANGA’ seperti yang diceritakan oleh
orang-orang tua di kampung ini diambil sempena nama kuih yang diperbuat
daripada tepung sagu berisi gula melaka dan disalut dengan kelapa. Kuih ini amat popular ketika itu dan dikatakan
tahan lama dan mudah dibawa. Manakala kampung ini dikelilingi sungai, oleh itu
diberikan nama ‘Kampung Sungai Danga’.
Hj. Daeng Yunos
Bin Laisang mempunyai beberapa orang anak iaitu Hj. Kassim, Hjh. Saleha dan Hj.
Mahmud. Hj. Kassim pula mempunyai beberapa orang anak, antaranya ialah Hj.
Mohamad (Cikgu Abd. Aziz), Jamal, Hj. Mohd. Bakri, Hj. Amin (telah meninggal
dunia) dan Mohd Mandak (Bekas Penghulu).
Saudara mara rapat Hj. Daeng Yunos yang membantunya membuka tanah telah
diberikan tanah sebanyak 5 ekar setiap seorang.
Berdasarkan
salasiah keturunan Hj. Daeng Abd. Aziz, maka boleh dikatakan penduduk Danga
yang berketurunan Bugis mempunyai hubungan dengan beliau dan akhirnya mereka
yang berketurunan Bugis telah berkahwin dengan penduduk berketurunan Jawa. Akhirnya hampir keseluruhan penduduk Kg.
Sungai Danga adalah dari keturunan yang sama.
Kg. Sungai Danga
mempunyai kampung-kampung kecil dibawahnya satu ketika dahulu iaitu Kg. Sungai
Temun, Kg. Sg. Pinang, Chu Kang dan kawasan yang dibuka oleh Hj. Habib Abd.
Aziz (sekarang dikenali sebagai Jalan Tengah).
Kini Kg. Sungai Danga telah mula membangun setelah lebih 100 tahun kewujudannya. Terdapat beberapa buah taman yang telah
didirikan di tanah-tanah warisan Hj. Daeng iaitu Taman D’utama, Taman Permata
dan Taman Baiduri.
Chu Kang
dahulunya adalah perkampungan Cina yang mempunyai tiga buah kedai dan sebuah
sekolah. Namun apabila berlaku darurat
penduduk Cina di kawasan itu telah dipindahkan.
Sungai Temun pula adalah diambil dari keadaan aliran sungai yang bertemu
di hulunya. Sungai Pinang pula diambil
sempena kewujudan sebatang pokok pinang di kawasan itu.
Perkampungan
orang Asli di sekitar Sungai Temun telah wujud pada tahun 1985 di tanah rezab
laut. Ia diketuai oleh seorang Tok
Batin, antaranya Tok Batin Kassim, Tok Batin Palon dan Tok Batin Salim. Terkini penduduk di kawasan ini lebih kurang
800 orang daripada lebih 80 buah keluarga.
Seramai 9 orang
penghulu telah mentadbir kampung ini seperti Penghulu Abas (JMF), Penghulu
Awang (JMF), Penghulu Majid, Penghulu Hamid, Penghulu Hj. Ismail, Penghulu Mandak
(Keturunan Hj. Daeng), Penghulu Abas, Penghulu Hj. Yusof, Penghulu Misbahuddin,
Penghulu Harun dan Penghulu Zanurian.
Kampung Sungai
Danga mempunyai beberapa kemudahan asas seperti Sekolah Rendah Kebangsaan
Sungai Danga yang dibina pada tahun 1968.
Sekolah pertama dibina secara gotong-royong yang kemudiannya berpindah
ke bangunan tetap pada tahun 1985 dengan nama Sekolah Kebangsaan Sungai
Danga. Sekolah Agama turut dibina pada
tahun 2000 iaitu Sekolah Agama Kg Sg Danga.
Pada tahun 2001 ia dinaik taraf hingga wujud darjah 5 yang mana sebelum ini
hanya sampai darjah 4 sahaja.
Dewan raya dibina
pada tahun 1980 dengan kos RM 50 000. Masjid
jamek pula telah beberapa kali dipindahkan tapaknya dari masjid asal di kawasan
perkuburan Islam Kg. Sg. Danga. Pada tahun 1980 sebuah masjid besar bernilai RM
60 000 telah dibina diatas tanah lot 760 Kg Sg Danga (rezab Balairaya).
Kemudahan jalan
raya berturap telah dibina pada tahun 1980an.
Sebelum itu, penduduk menggunakan laluan laut iaitu Selat Tebrau atau
jalan tanah merah dari kilang Lee Pineapple (Bt 8 ½). Kemudahan bekalan elektrik dan air bersih
dibawa masuk sekitar tahun1980an dan pembinaan jambatan Taman Perling telah
membawa cahaya baru kepada penduduk Kg. Sungai Danga.
Perkembangan
Kg. Sungai Danga dari hari ke hari bertambah pesat khususnya di kawasan
sekitarnya. Perubahan-perubahan ini
telah mengugat kestabilan Kg. Sungai Danga dari sudut fizikal dan ekonomi. Projek pembangunan pesat sekeliling mungkin
satu lagi ancaman jika tidak dirancang dengan rapi dan tanpa mengambil peduli
kepentingan penduduk setempat. Kg. Sungai Danga perlu diberi penambahbaikkan
agar dapat bersaing selari peredaran dan pembangunan semasa.
2. MAKLUMAT KAMPUNG
2.1 PETA KAMPUNG
2.2 PELAN SUSUN ATUR KAMPUNG
2.3 PROFAIL KAMPUNG
2.3.1 LOKASI DAN KEDUDUKAN KAMPUNG
Terletak
di Mukim Pulai Jelutong dan Negeri Johor Darul Takzim.
2.3.2 KAMPUNG-KAMPUNG RANGKAIAN
1. Kg Bakar Batu
2. Kg Tuah Jaya
3. Kg Asli Sg Temon
4. Kg Asli Bakar Batu
5. Kg Sg Pinang
2.3.3 INFO PENDUDUK
Bil. Penduduk : |
1098 Orang
|
Pecahan Bilangan Penduduk Mengikut :
Jantina
|
Jumlah
|
Lelaki
|
548 Orang
|
Wanita
|
541 Orang
|
Kaum/Bangsa
|
Lelaki
|
Wanita
|
Melayu
|
545
| |
Cina
|
3
|
10
|
India
| ||
Lain- lain
|
1
|
Umur
| Lelaki |
Wanita
|
60 tahun ke atas
|
8
|
9
|
40 – 59 tahun
|
181
|
137
|
18 – 39 tahun
|
192
|
214
|
13 – 17 tahun
|
53
|
83
|
7 – 12 tahun
|
88
|
72
|
5 – 6 tahun
|
8
|
6
|
0 – 4 tahun
|
18
|
20
|
Pekerjaan |
Lelaki
|
Wanita
|
Kerajaan
|
20
|
25
|
Swasta
|
255
|
186
|
Sendiri
|
153
|
27
|
Penganggur
|
-
|
-
|
Lain-lain (Suri rumah)
|
-
|
195
|
Pendapatan Isi Rumah |
Lelaki
|
Wanita
|
RM600 ke bawah
|
35
|
26
|
RM601 – RM1000
|
157
|
47
|
RM1001 – RM1500
|
51
|
37
|
RM1501 – RM2000
|
79
|
24
|
Melebihi RM2001
|
37
|
13
|
Lain-lain
|
Lelaki
|
Wanita
|
OKU
|
4
|
2
|
Tahap Pendidikan |
Lelaki
|
Wanita
|
Tabika
|
7
|
12
|
Taska
|
73
|
31
|
Sekolah Rendah
|
175
|
248
|
Sekolah Menengah
|
353
|
413
|
Kolej / Universiti
|
197
|
103
|
Akan dikemas kini lagi seberapa segera...
--------------------------------------------------------------------------------------
Terimakasih atas kunjungan anda ke blog JKKK sungai Danga .Pada hari ini 10/01/2015 dengan Resminya blog ini di luncurkan Semoga ia dapat membantu anda untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan di kampung sungai Danga .
Web @ bolg ini di kendalikan Oleh Biro IT JKKK Sg Danga . semoga ia dapat sokongan dari semua penduduk untuk menyampaikan maklumat dan info penting
Tiada ulasan:
Catat Ulasan