Rabu, 28 Januari 2015

MAJILIS GOTONG ROYONG DI BALAI RAYA.

Sg Danga - Satu majlis gotong royong telah diadakan pada 24/01/15 pada jam 4.00ptg.Tujuan diadakan gotong royong adalah untuk membersihkan dan mengecat balai Raya Kg Sg Danga.Ini bersempena lawatan resmi tuan pegawai Dearah pada 2/2/15

Kehadiran penduduk bagi menjayakan progrem tersebut amat mengalakan , dimana dapat dilihat kerjasama yang diberikan oleh penduduk yang hadir. Terdapat juga yang menyumbang tenaga dan wang ringgit bagi melakasanakan progrem tersebut.

kampung bersih dan ceria..


Rabu, 14 Januari 2015

MAJLIS PENYERAHAN BORANG RUMAH PPR

Sg Danga  . Hari ini telah dilaksanakan majlis Penerangan dan Penyerahan borang kepada penduduk lorong 1 , Kampung Sungai Danga . Ia telah dihadari oleh pihak SUK bahagian perumahan dan juga Setiausaha UMNO bahagian Pulai  En Rahsid dan juga ketua kampung Sunagi Danga En Surip Abadullah .

Hari ini 14/01/15 Pertemuan bersama penduduk lorong 1  telah diadakan di balai Raya kampung Sungai Danga .

Kehadiran Penduduk amat mengalakan dan perbincangan berjalan dengan lancar dan semua penduduk berpuashati dengan semua penarangan yang diberikan oleh semua pihak yang terkait . Semoga semua dapat berjalan dengan lancar dan baik .Seramai 23 orang yang terlibat dengan proses perpindahan ini dimana setiap penduduk ditawarkan untuk berpindah di projek Sg Melana  bersebelahan taman perling .

 Satu lagi pertemuan  telah dirancang bagi memberi penerangan bagi penduduk kampung Bakar Batu pula . Semoga perancangan ini berjalan dengan lancar dan teratur .

Selasa, 13 Januari 2015

BANTUAN PERSEKOLAHAN DIBAYAR .

Sg Danga - Pihak sekolah  kebangsan sungai Danga telah membuat pembayaran bantuan persekolahan untuk tahun ini. pada hari ini 13/01/15 .kehadiran ibubapa di kantin sekolah mendapat sambutan yang mengalakan dan kerjasama yang baik diantara pihak sekolah dan PIBG Sg Danga .

Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggun oleh ibubapa murid .Pembayaran semua berjalan dengan lancar dan berjaya . YDP En Yunos Malik Melahirkan rasa syukur dengan bantuan daripada Pihak Kerajaan ini dan berharap ia dapat meringankan beban ibubapa.

Sabtu, 10 Januari 2015

10 EKOR MONYET BERJAYA DITANGKAP .


Sg Danga - Hari ini Jabatan perlihatan berjaya menangkap 10 ekor Monyet yang menganggu di penempatan Penduduk di jalan Sekolah . semoga usaha yang berterusan  berjaya melenyapkan ganguan monyet ini ..

Teruskan memberi umpan  & pantau  terimakasih atas kerjasama "  Muafakat Membawa Berkat "





MESYUARAT JKKK BILANGAN 1/2015

Sg Danga - Mesyuarat JKKK bilangan 1/2015 telah diadakan pada 09/01/15 . Banyak perkara yang telah diperbincagkan demi untuk kemajuan masyarakat kampung . Semua biro- biro telah melapurkan tentang kemajuan yang di capai  dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan dalam melaksanakan program yang di rancang .

Pembanguan yang sedang rancank di sekitar Sg Danga telah mempengaruhi  kegiatan penduduk yang terpaksa mengikut arus pembagunan yang pesat . Penduduk perlu bertindak cepat supaya tidak keinggalan dek arus pembagunan ini .

Tahap keselamatan yang perlu di pertingakatkan  dimana terdapat kegiatan pecah Rumah oleh pihak yang tidak bertanggungjawap . Kerjasama penduduk amat diperlukan bagai mengetasai masalah ini.. sekiranya ada info boleh salurkan kepada Biro Keselamatan  seberapa segera .


SESI PERSEKOLAHAN 2015 BERMULA

Sg Danga- Sesi persekolahan telah bermula . Kepada ibubapa sila pastikan anak-anak anda  mendapat pengawasan yang sempurna.. kerana dikawasan sekolah ada lori - lori tanah yang menjalankan kerja penambakan tanah.

Jika anak anda membawa motor pasti ia sudah memilik lesen memandu , itu sudah menjadi tanggungjawap ibubapa.sila pastikan anak anda tidak akan mengikut orang lain jika pulang sekolah untuk mengelakan kes penculikan...

SEPATAH DUAKATA DARI KETUA KAMPUNG .

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1 Malaysia

Alhamdulillah dengan berkat dan izin Allah jua , Pelancaran Web @ blog JKKK Sg Danga . Buat julung kalinya dapat di sediakan oleh Biro IT dan Maklumat JKKK dan di lancarkan untuk tatap semua penduduk kampung walaupun dimana berada .sebagai lidah JKKK Sg Danga untuk menyampaikan berita tentang aktiviti- aktiviti serta perancangan masa depan JKKK Sg Danga  khusunya kepada penduduk kampung dan masyarakat setempat ..


Saya ucapkan tahniah kepada Biro IT dan Maklumat kerana dapat menyiapkan web @ Blog ini untuk tatapan masyarakat kampung . semoga web @ blog ini sentiasa akan di kemas kini setiap masa dengan berita dan info yang berguna untuk penduduk kampung dan saya juga berharap semua  Biro-Biro dapat menyampaikan info dan kegiatan yang akan dilasanakan di web @ blog ini  kerjasama semua pihak amat diharapkan bagi menghidupkan web @ blog ini dengan info yang bernas.

Tidak lupa juga sekiranya ada Masyarakat kampung yang ingin mengiklankan perniagan mereka di web @blog ini juga sangat dialu-alukan.bagi mengisi tabung JKKK dengan kadar bayara yg rendah. sila berhubung dengan Biro IT atau pun saya.

Akhir kata saya ucapakan terima kasih kerana memberi kesempatan untuk saya memyampaikan sepatah duakata di blog@ web ini

En Surip Bin Abdullah
Ketua Kampung Sungai Danga.

SELAMAT DATANG KE WEB JKKK SUNGAI DANGA -PROFAIL KAMPUNG SUNGAI DANGA

 .
1. PENGENALAN


1.1  PENGENALAN KAMPUNG


Nama Kampung Induk

:Kampung Sungai Danga

Nama-nama Kampung Rangkaian
: 1. Kg Bakar Batu
  2. Kg Tuah Jaya
  3. Kg Asli Sg Temon
  4. Kg Asli Bakar Batu
  5. Kg Sg Pinang

No. Telefon
: 010 7124768

No. Faksimili
: -

Alamat Website
:www.jkkksgdanga.blogspot.com

Alamat Email
: infosgdanga@gmail.com

Alamat Surat-Menyurat
: Pejabat ketua kampung
Dewan Raya kampung Sungai Danga
81200 , Johor Baharu , Johor.






INFO KEGUNAAN TANAH


          Keluasan Keseluruhan Kampung                      :    374 hektar   
Keluasan Tanah Yang DIUSAHAKAN             :        

          *        Perumahan             -      100 hekta 
          *        Premis Awam         -       4 hekta
          *        Tanaman                   -       
          *        Ternakan                   -     
          *        Lain-lain                    -           268.5                      




          Bilangan Rumah                          :       227 pintu 

          Jenis Rumah

          *        Rumah Banglow                :          -
          *        Rumah Teres                   :            -
          *        Rumah Batu                     :        -
          *        Rumah Kampung               :         227
          *        Rumah Panjang                 :            -
          *        Rumah pangsa                  :            -


          Binaan Rumah

          *        Batu                                       227  Buah
          *        Kayu                                :               Buah
          *        Separa Batu / Kayu          :             Buah

Kenderaan

          *        Kereta                  :          180   Buah
          *        Motorsikal             :         225   Buah
          *        Lori                       :             10 Buah
          *        Bas Sekolah           :           3  Buah
          *        Bas Kilang              :               Buah
          *        Basikal                  :                Buah
          *        Van                        :          20  Buah
          *        Motorboat             :          15    -
          *        Sampan                  :         4    -


          Lain-lain

          *        Komputer                        :            Buah
          *        Internet /Jaringan         :              Buah
          *        Astro                              :            Buah



Logo  :





















Maksud Logo  :

Pokok Kelapa :  Melambangkan sebuah kampung tradisional yang bervariasi potensinya dalam menghadapi kemodenan.

Laut/sungai :  Asal-usul kampung yang banyak dipengaruhi unsur laut dan sungai terutamanya sumber ekonomi dan kedudukan kampung yang dikelilingi sungai dan laut.

Kapal Layar :  Memperlihatkan kesediaan menerima suntikan pembangunan mapan.

Burung :  Menggambarkan kebebasan dan persediaan menghadapi era globalisasi dan wawasan 2020.
         
Maksud warna :
         
Kuning :  Membawa unsur diraja dalam asal-usul pembukaan kampung dan hubungannya dengan kewujudan sebuah istana yang dikenali sebagai Istana Hinggap di Tanjung Danga satu ketika dahulu.

Merah            :  Berani dan berilmu dalam menerima dan menghadapi pembangunan.

BiruMenggambarkan kedamaian, keharmonian dan bersatu padu di kalangan masyarakat kampung.

Motto :  Perpaduan Menjana Kecemerlangan


VISI DAN MISI



         Visi              :        Melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan rukun damai.



Misi             :      Bersatu ke arah desa cemerlang, masyarakat sejahtera lagi   berwawasan dan gemilang.



          Objektif      :         Melahirkan satu komuniti masyarakat yang sejahtera
                                      dan bersatu padu melalui perkongsian tanggungjawab
                                      yang strategik serta melaksanakan perkhidmatan
                                      pembangunan sosial dan fizikal yang berkesan ke arah
                                      desa cemerlang.





NAMA & SEJARAH KAMPUNG



Sejarah Kampung  :



Sejarah pembukaan Kg. Sungai Danga bermula dengan kedatangan sekumpulan orang-orang Bugis Wajo dari Sulawesi, Indonesia yang diketuai oleh Hj. Daeng Abd. Aziz Bin Mandak, seorang saudagar yang handal yang berulang alik dari Sulawesi, Singapura dan Tanah Arab. 

 Hj. Daeng Abd. Aziz bersama pengikutnya telah meneroka tanah di Kg. Sungai Danga dari Menso (sekarang Taman Perling) sehingga hampir ke Pantai Lido.  Keluasan tanah yang diteroka mencecah ratusan ekar.  Disebabkan Hj. Daeng Abd. Aziz mempunyai banyak tanggungjawab terhadap pembukaan tanah dan perniagaan, maka urusan memajukan pembukaan tanah di Kg. Sg. Danga telah diserahkan kepada pembantunya, Tn. Hj. Daeng yunos Bin Laisang yang kemudian diambil menjadi menantunya.  Dianggarkan pembukaan Kg. Sg. Danga adalah sekitar tahun 1890 an. 

Walau bagaimanapun, memandangkan pengasas Kg. Sg. Danga ini adalah berketurunan Daeng, maka kemungkinan ia mempunyai hubungan dengan kedatangan Putera-putera Raja bugis yang berketurunan Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Celah, Daeng Menambun dan Daeng Kewasi.  Manakala Daeng Merewah adalah Yamtuan Muda johor sekitar 1722 hingga 1745.

           

Hj. Daeng Abd. Aziz mempunyai tiga orang anak iaitu Hjh. Andik Nur, Hjh. Andik Halimah dan Hj. Abd. Aziz @ Hj. Bedu.  Hjh. Andik Halimah dan Hj. Abd. Aziz tinggal di Mekah sehingga meninggal dunia, manakala Hjh. Andik Nur yang tinggal di Kg. Sg. Danga telah dikahwinkan dengan anak Hj. Daeng Yunos Bin Laisang iaitu Haji Kassim.



Tanah-tanah yang telah dibuka ini dibantu oleh buruh-buruh kontrak yang kebanyakannya saudara mara Hj. Daeng Abd. Aziz yang dibawa dari Tanah Bugis.  Kontrak mereka ada yang setahun, dua tahun dan lebih.  Selepas tamat tempoh kontrak, mereka boleh membuka tanah sendiri dan melakukan pekerjaan lain.  Tanah-tanah yang beratus ekar itu, kemudiannya telah dikurniakan oleh Temenggong Daeng Ibrahim iaitu Sultan Johor yang memerintah Di Telok Belanga, Singapura yang kemudian berpindah ke Bandar Iskandar Puteri yang kemudian dikenali sebagai Tanjung Puteri dan akhirnya Johor Bahru.



Nama ‘DANGA’ seperti yang diceritakan oleh orang-orang tua di kampung ini diambil sempena nama kuih yang diperbuat daripada tepung sagu berisi gula melaka dan disalut dengan kelapa.  Kuih ini amat popular ketika itu dan dikatakan tahan lama dan mudah dibawa. Manakala kampung ini dikelilingi sungai, oleh itu diberikan nama ‘Kampung Sungai Danga’.

Hj. Daeng Yunos Bin Laisang mempunyai beberapa orang anak iaitu Hj. Kassim, Hjh. Saleha dan Hj. Mahmud. Hj. Kassim pula mempunyai beberapa orang anak, antaranya ialah Hj. Mohamad (Cikgu Abd. Aziz), Jamal, Hj. Mohd. Bakri, Hj. Amin (telah meninggal dunia) dan Mohd Mandak (Bekas Penghulu).  Saudara mara rapat Hj. Daeng Yunos yang membantunya membuka tanah telah diberikan tanah sebanyak 5 ekar setiap seorang.



Berdasarkan salasiah keturunan Hj. Daeng Abd. Aziz, maka boleh dikatakan penduduk Danga yang berketurunan Bugis mempunyai hubungan dengan beliau dan akhirnya mereka yang berketurunan Bugis telah berkahwin dengan penduduk berketurunan Jawa.  Akhirnya hampir keseluruhan penduduk Kg. Sungai Danga adalah dari keturunan yang sama.



Kg. Sungai Danga mempunyai kampung-kampung kecil dibawahnya satu ketika dahulu iaitu Kg. Sungai Temun, Kg. Sg. Pinang, Chu Kang dan kawasan yang dibuka oleh Hj. Habib Abd. Aziz (sekarang dikenali sebagai Jalan Tengah).  Kini Kg. Sungai Danga telah mula membangun  setelah lebih 100 tahun kewujudannya.  Terdapat beberapa buah taman yang telah didirikan di tanah-tanah warisan Hj. Daeng iaitu Taman D’utama, Taman Permata dan Taman Baiduri.



Chu Kang dahulunya adalah perkampungan Cina yang mempunyai tiga buah kedai dan sebuah sekolah.  Namun apabila berlaku darurat penduduk Cina di kawasan itu telah dipindahkan.  Sungai Temun pula adalah diambil dari keadaan aliran sungai yang bertemu di hulunya.  Sungai Pinang pula diambil sempena kewujudan sebatang pokok pinang di kawasan itu.



Perkampungan orang Asli di sekitar Sungai Temun telah wujud pada tahun 1985 di tanah rezab laut.  Ia diketuai oleh seorang Tok Batin, antaranya Tok Batin Kassim, Tok Batin Palon dan Tok Batin Salim.  Terkini penduduk di kawasan ini lebih kurang 800 orang daripada lebih 80 buah keluarga.



Seramai 9 orang penghulu telah mentadbir kampung ini seperti Penghulu Abas (JMF), Penghulu Awang (JMF), Penghulu Majid, Penghulu Hamid, Penghulu Hj. Ismail, Penghulu Mandak (Keturunan Hj. Daeng), Penghulu Abas, Penghulu Hj. Yusof, Penghulu Misbahuddin, Penghulu Harun dan Penghulu Zanurian.



Kampung Sungai Danga mempunyai beberapa kemudahan asas seperti Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Danga yang dibina pada tahun 1968.  Sekolah pertama dibina secara gotong-royong yang kemudiannya berpindah ke bangunan tetap pada tahun 1985 dengan nama Sekolah Kebangsaan Sungai Danga.  Sekolah Agama turut dibina pada tahun 2000 iaitu Sekolah Agama Kg Sg Danga.  Pada tahun 2001 ia dinaik taraf hingga wujud darjah 5 yang mana sebelum ini hanya sampai darjah 4 sahaja. 



Dewan raya dibina pada tahun 1980 dengan kos RM 50 000.  Masjid jamek pula telah beberapa kali dipindahkan tapaknya dari masjid asal di kawasan perkuburan Islam Kg. Sg. Danga. Pada tahun 1980 sebuah masjid besar bernilai RM 60 000 telah dibina diatas tanah lot 760 Kg Sg Danga (rezab Balairaya).



Kemudahan jalan raya berturap telah dibina pada tahun 1980an.  Sebelum itu, penduduk menggunakan laluan laut iaitu Selat Tebrau atau jalan tanah merah dari kilang Lee Pineapple (Bt 8 ½).  Kemudahan bekalan elektrik dan air bersih dibawa masuk sekitar tahun1980an dan pembinaan jambatan Taman Perling telah membawa cahaya baru kepada penduduk Kg. Sungai Danga.



Perkembangan Kg. Sungai Danga dari hari ke hari bertambah pesat khususnya di kawasan sekitarnya.  Perubahan-perubahan ini telah mengugat kestabilan Kg. Sungai Danga dari sudut fizikal dan ekonomi.  Projek pembangunan pesat sekeliling mungkin satu lagi ancaman jika tidak dirancang dengan rapi dan tanpa mengambil peduli kepentingan penduduk setempat. Kg. Sungai Danga perlu diberi penambahbaikkan agar dapat bersaing selari peredaran dan pembangunan semasa.


2. MAKLUMAT KAMPUNG


2.1 PETA KAMPUNG





2.2 PELAN SUSUN ATUR KAMPUNG


2.3 PROFAIL KAMPUNG
 2.3.1 LOKASI DAN KEDUDUKAN KAMPUNG

Terletak di Mukim Pulai Jelutong dan Negeri Johor Darul Takzim.


 
 2.3.2 KAMPUNG-KAMPUNG RANGKAIAN

  1. Kg Bakar Batu
  2. Kg Tuah Jaya
  3. Kg Asli Sg Temon
  4. Kg Asli Bakar Batu
  5. Kg Sg Pinang

2.3.3 INFO PENDUDUK


Bil. Penduduk                                     :

1098 Orang


Pecahan Bilangan Penduduk Mengikut :

Jantina

Jumlah
Lelaki
548     Orang
Wanita
541     Orang


Kaum/Bangsa
Lelaki
Wanita

Melayu
545
                   530
Cina
3
10
India


Lain- lain

1

Umur

Lelaki

Wanita

60 tahun ke atas
8
9
40 – 59 tahun
181
137
18 – 39 tahun
192
214
13 – 17 tahun
53
83
7 – 12  tahun
88
72
5 – 6  tahun
8
6
0 – 4  tahun
18
20





Pekerjaan


Lelaki
Wanita
Kerajaan
20
25
Swasta
255
186
Sendiri
153
27
Penganggur
-
-
Lain-lain (Suri rumah)
-
195


Pendapatan Isi Rumah


Lelaki
Wanita
RM600 ke bawah
35
26
RM601 – RM1000
157
47
RM1001 – RM1500
51
37
RM1501 – RM2000
79
24
Melebihi RM2001
37
13


Lain-lain
Lelaki
Wanita

OKU
4
2


Tahap Pendidikan

Lelaki
Wanita

Tabika
7
12
Taska
73
31
Sekolah Rendah
175
248
Sekolah Menengah
353
413
Kolej / Universiti
197
103



 Akan dikemas kini lagi seberapa segera...

 --------------------------------------------------------------------------------------


Terimakasih atas kunjungan anda ke blog JKKK sungai Danga .Pada hari ini 10/01/2015 dengan Resminya blog ini di luncurkan Semoga ia dapat membantu anda untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan di kampung sungai Danga .

Web @ bolg ini di kendalikan Oleh Biro IT JKKK Sg Danga . semoga ia dapat sokongan dari semua  penduduk untuk menyampaikan maklumat dan info penting