Isnin, 25 Disember 2017

Bowling Jkkk Kg Sg Danga

Info Sg Danga- 25/12/17 @ 8.15 mlm
Pertandingan bowling tertutup danga diadakan di boling danga city mall .Majlis di rasmikan oleh En Suhami bin Ahmad  Naib ketua UMNO bahagian Pulai merangkap Ahli Majlis MBIP.

Pertandingan ini disertai oleh 10 pasukan dengan jumlah penyertan 40 orang terlibat. Majlis ini dianjurkan oleh pihak Jkkk sg Danga.

Semoga majlis ini dapat berjalan dengan lancar dan dapat mencapai matalamat dan tujuan perlaksanannya.


Jumaat, 15 Disember 2017

Mesyuarat AJK Bil 12/2017

Info Sg Danga  - 15/12/17 Mesyuarat JKKK bil 12/2017 .Kehadiran penuh .
Perbincangan berjalan dengan lancar. Banyak isu-isu yang dibincangkan..

Jumaat, 1 September 2017

MAJLIS KORBAN 2017

Info Sg Danga @ 02/09/17 Ajk Masjid ,JKKK sg Danga dan semua penduduk berkerjasama mengadakan majlis korban .

17 ekor lembu dan 20 ekor kambing di korbankan pada tahun ini..

Pihak masjid dan Jkkk mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk yang membantu dan menjayakan majlis ini.

Khamis, 13 Julai 2017

PEMUDA HARAPAN DANGA

Info Sg Danga : Pemuda harapan Danga yang akan mengalas tugas2 kepimpinan masa akan datang.....

MAJLIS MESRA AIDILFITRI 2017

Info Sg Danga - MAJLIS MESRA AIDILFITI KG SG DANGA 2017 pada 14 Julai 2017 anjuran JKKK, Masjid Kg Sg Danga & Ahli Majlis MPJBT Zon Perling.

Terima kasih Tuan Haji Mohamad Fuad Radzuan (Pegawai Daerah Johor Bahru) telah hadir selaku tetamu rasmi. Terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan jawatankuasa program, penaja-penaja jamuan/persiapan & juga semua tetamu yang hadir memeriahkan majlis.


#teamjohor

#jkkkkampungsungaidanga

#perpaduanmenjanakecemerlangan

Jumaat, 7 Julai 2017

MAKLUMAT AM (AWT) AKAUN WANG TAK DITUNTUT..

Tuntutlah wang anda

Mungkin ramai yang tidak mengetahui rupa-rupanya ada sejumlah wang milik kita di dalam bank, firma atau syarikat yang tidak dituntut sejak bertahun-tahun lamanya.

Malah, kita sendiri sebenarnya lupa atau tidak tahu tentang kewujudan wang tersebut.

Ramai juga yang tidak tahu semakan Wang Tak Dituntut (WTD) boleh dibuat di Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara.

Manakan tidak, kini terdapat sebanyak RM5.6 bilion jumlah terkumpul WTD dilaporkan masih gagal diserahkan kepada empunya kerana tiada tuntutan dibuat.

Bahkan, penulis sendiri mengalami keadaan ini - tidak tahu yang diri sendiri sebenarnya mempunyai sejumlah wang daripada akaun sebuah bank yang tidak aktif lebih tujuh tahun lalu.

Hanya mengetahui mengenainya selepas membuat semakan di kaunter Pendaftar WTD yang kini dibuka di lokasi awam.

Itu pun selepas mengetahui tentang kewujudan WTD ini setelah menemubual Pengarah Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara, Datuk Zamimi Awang baru-baru ini.

Cara membuat semakan cukup mudah, hanya serahkan MyKad di kaunter atau hadir sendiri di mana-mana Jabatan Akauntan Negara di seluruh negeri.

Pegawai bertugas akan semak melalui sistem dan tidak sampai lima minit kita akan dapat tahu jika mempunyai WTD.

Tiada bayaran atau caj perkhidmatan dikenakan.

Penulis agak teruja selepas diberitahu mempunyai wang RM150 iaitu daripada akaun simpanan CIMB yang tidak aktif selepas tujuh tahun.

Cuba mengingatkan kembali tentang akaun tersebut, kemudiannya baharulah menyedari yang pernah membuka akaun bank itu semasa belajar dahulu, iaitu sekitar tahun 2001 untuk kemasukan wang biasiswa.

Selepas menukar akaun bank lain kerana tamat belajar, sudah tidak peduli dengan akaun lama sedangkan masih berbaki duit simpanan walaupun kecil jumlahnya.

Anda mungkin mempunyai pengalaman serupa. Wang tak dituntut bukan hanya terhad daripada akaun-akaun bank yang tidak aktif, tetapi berkemungkinan bayaran rebat insurans, bayaran elaun atau bonus daripada syarikat tempat lama bekerja atau mana-mana firma yang mempunyai kaitan dengan kita.

Syarikat-syarikat berkenaan mungkin gagal menyerahkan sendiri wang hak kita itu kerana pertukaran alamat dan maklumat peribadi yang tidak lengkap.

Maka, pihak terbabit akan menyerahkan wang itu kepada Pendaftar WTD yang bertanggungjawab membayar balik WTD kepada empunya wang itu.

Sebenarnya, hebahan mengenai WTD kepada orang ramai telah pun dibuat melalui pewartaan kerajaan yang disimpan di Perpustakaan Negara.

Apa pun yang dikesali ada dalam kalangan kita menimbulkan persepsi negatif dengan membuat tuduhan tidak berasas bahawa wang itu akan digunakan kerajaan sebagai ‘wang kecemasan’ untuk tujuan pembangunan kerana kekurangan hebahan dibuat.

Tuduhan tersebut tidak benar sama sekali kerana kerajaan akan membayar semua wang kepada empunya yang diterima daripada syarikat dan firma tanpa dikurangkan walau satu sen pun kerana Bahagian WTD hanya bertindak sebagai pemegang amanah untuk membantu menyerahkan wang kepada yang berhak.

Kredit: UM

Khamis, 6 Julai 2017

MESYUARAT BULANAN JKKK BIL 07/2017

Info Sg Danga - Mesyuarat bulanan JKKK diadakan setiap bulan dan menjadi JKKK Terbaik bagi Dearah Johor Bahru..

Jumaat, 23 Jun 2017

SELAMAT HARI RAYA

Kami Semua Ahli JKKK Sg Danga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1438 H .

Kami semua memohon ampun andai ada terkasar bahasa dan perbuatan ketika menjalankan amanah yang dipertangungjawapkan kepada semua.

Dengan ingatan ikhlas berhati-hati ketika memandu untuk pulang ke kampung.

SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI.

Sabtu, 17 Jun 2017

KEMPEN RUMAH SELAMAT

Bermula hari ini sempena perayaan ini .Pihak polis dan JPP Zon 22 ada mengadakan Kempen Rumah Selamat dan pandu selamat pulang ke kampung.
Borang boleh didapati dibalai2 yang berhampiran atau hubungi balai berdekatan tempat tinggal .
Masalah yang selalu terjadi dimusim perayan ini.
Pecah rumah
Ragut
Selamat Hari Raya dan selamat sampai di kampung halaman anda semua.

MAJLIS BANTUAN ASAS BERSAMA JKKK & NAJIB RAZAK CLUB .

Sg Danga | 17/06/2017 :- Majlis bantuan keperluan asas harian dan pakaian hari raya kepada anak keluarga asnaf Kg. Sg. Danga anjuran Najib Razak Club NRC 11 , Ketua Kampung Surip Abdullah dan jawatankuasa,  PIBG dan Sk Kg. Sg. Danga. Majlis disempurnakan YDP PIBG sekolah En Yunus.  Semoga program kemasyarakatan dan sukarelawan akan diteruskan lagi di masa akan datang. 

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat .

Selasa, 13 Jun 2017

PROGRAM JELAJAH AMAL JPJ BERSAMA MASJID SG DANGA

Sg Danga| 13/06/2017: - Program jelajah Amal Ramadan jpp bersama masjid sg Danga untuk program bantuan untuk Asnaf sempena bulan Ramadan ini.
10 Asnaf yang layak untuk menerima sumbangan ini .sumbangan ini disampaikan oleh badan-badan ngo dan kakitangan JPJ Negeri Johor.
Tujuan program untuk merapatkan hubungan masyarakat dengan jpj.dan mempastikan semua masyarakat selamat berada di jalan raya.
Dengan sumbangan ini dapat meringankan beban dan selamat hari Raya.

Sabtu, 10 Jun 2017

SATU HADIS SATU HARI

Sayyidul Istighfar ------------------ Sahih al-Bukhori:5848 عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: سَيِّدُ الاسْتِغْفَارِ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ. إِذَا قَالَ حِينَ يُمْسِي فَمَاتَ، دَخَلَ الْجَنَّةَ أَوْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ، وَإِذَا قَالَ حِينَ يُصْبِحُ، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ مِثْلَهُ. Dari Syaddad ibn Aus, dari Nabi saw, beliau bersabda: Sayyidul istighfar : Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang selain Engkau. Engkau telah menciptakanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku menepati perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku mengakui kepada-Mu akan nikmat-Mu untukku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku, sebab tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau, dan aku memohon perlindungan dari kejahatan apa yang pernah aku perbuat. Jika ia membacanya di sore hari lalu meninggal, maka ia akan masuk surga, atau akan menjadi penghuni surga. Dan jika ia membacanya di pagi hari lalu meninggal pada harinya, maka seperti itu juga (ia akan masuk surga). Pesan : Keutamaan bacaan sayyidul istighfar, jika dibaca pada sore hari dan ia meninggal malamnya, maka ia akan masuk surga. Jika dibaca pada pagi hari dan ia meninggal di hari itu ia akan masuk surga juga. via Satu Hari Satu Hadis Download aplikasi Satu Hari Satu Hadis di sini : http://bit.ly/satuharisatuhadis

Jumaat, 9 Jun 2017

MASJID BARU KG SG DANGA

 Sg Danga- Masjid Danga tinggal sentuhan terakhir cuba disiapkan sebelum sambutan hari raya...

GOTONG ROYONG PERDANA

14 Mei 2017 / Ahad / 8.00 pagi / Program Gotong Royong membersihkan jalan kampung dan kawasan Sekolah Agama Sungai Danga bersama penduduk kampung & Pusat Giatmara Parlimen Pulai.

BOLING TERTUTUP DANGA

PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP DANGA 2017.
1 Mei 2017 / Isnin / 8.00 malam / Dynamic Bowl Danga City Mall.

Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada Puan Hjh Rokiah Hassan wakil rasmi YB Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed (MP Pulai) merasmikan program.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Rumah ngaji Danga mengadakan majlis khatam Al-Quran pagi ini  10/6/2017.kehadiran yang ramai pada hari ini.

Semoga ia membawa berkah dibulan yang mulia ini. Majlis yang bermula pada awal Ramadan dan disempurnakan pada hari ini.



Sabtu, 29 April 2017

KOSPEN SUNGAI DANGA TERPILIH UNTUK PERTANDINGAN KOSPEN PERINGKAT NEGERI JOHOR

Sg Danga - Kospen Danga Terpilih untuk menyertai pertandingan peringkat Daerah di Muar . Tarikh dijangkan pada 13-14 haribulan Mei 2017. Semoga Kospen Danga mendapat kejayaan  dan dapat mewakali  Daerah Johor Bahru.

Ahli kospen Sg Danga memohon semua ahli dapat membantu dalam persiapan untuk pertandingan ini.

MOHON MAAF BARU UPDATE BLOG INI

Sg Danga - Adalah dengan ini pihak JKKK Sg Danga memohon maaf atas masalah terlalu lama tak tak update blog . semoga perkara ini tidak berilang lagi....